Homestay Kuantan 3 Bilik Aircond | Bandar Indera Mahkota

The Terrace Homestay Kuantan terletak di Bandar Indera Mahkota. Kami mempunyai 3 buah rumah teres yang berhampiran antara satu sama lain. 2 buah rumah adalah bersebelahan dan 1 buah rumah hanya terletak selang 1 rumah dari yang lain.

Antara kelebihan homestay kami di Bandar Indera Mahkota adalah kami menyediakan homestay yang mempunyai 3 bilik tidur dilengkapi dengan aircond (penghawa dingin) dan kipas pada setiap bilik. Ini adalah bertujuan untuk memberi keselesaan kepada para tetamu terutama ketika musim panas. Homestay kami juga mempunyai 2 bilik air yang dilengkapi dengan water heater, juga bertujuan untuk memberi keselesaan terutama yang mempunyai anak kecil dan keluarga yang berusia.

Homestay kami bukan sahaja sesuai untuk ahli keluarga, malah ia juga amat sesuai untuk para pegawai yang bertugas di Kuantan samada hanya untuk 1 malam mahupun 1 minggu. Insyaa Allah, kami menyediakan tempat penginapan yang selesa dan bersih buat anda semua.

Kini, di Bandar Indera Mahkota 15 mempunyai deretan kedai yang terletak hanya 500 meter dari homestay kami yang akan memberikan keselesaan kepada anda. Antaranya ialah kedai makan (masakan kampung, Thai, Western), kedai runcit, kedai gunting rambut, spa, kedai runcit, 7-eleven dan banyak lagi yang akan disediakan.

Kadar sewa The Terrace Homestay di Bandar Indera Mahkota adalah seperti berikut :

Bil Homestay : 1 unit

  • 1 malam : RM200
  • 2-7 malam : RM190 / malam
  • 8-14 malam : RM 180 / malam
  • 15 malam ke atas : RM170 / malam

Bil Homestay : 2 atau 3 unit

  • 1 malam : RM200 / unit
  • 2-7 malam : RM180 / malam / unit
  • 8-14 malam : RM170 / malam / unit
  • 15 malam ke atas : RM160 / malam / unit

 

homestay kuantan 3 bilik aircond

 

 

Sila hubungi kami untuk semak kekosongan dan tempahan :

012-3810072  (Mas) / 019-9799919 (Amli)

 

 

 

Makan Sedap di MABIQ Kuantan

Sekiranya anda sudah berada di Kuantan, kami rekomen anda datang ke Restoran MABIQ Kuantan untuk makan tengahari. Seriously! Sedap! Lokasinya di Tanjung Lumpur Kuantan, belakang Yayasan Pahang. Apa yang uniknya tentang MABIQ ini ialah ianya merupakan Maahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Restoran ini merupakan salah satu sumber ekonomi mereka. So, sambil makan kita juga bersedekah…

homestay kuantan3

homestay kuantan15

Antara menu-menu yang ada di Restoran MABIQ.

homestay kuantan9

homestay kuantan4

homestay kuantan11

homestay kuantan19

homestay kuantan18

homestay 23

 

Kecur tak air liur korang? hehehhehee… tapi, yang specialnya di restoran ni ialah Paeh Patin.

homestay kuantan17

Tempoyak dan rempah ratus 

homestay kuantan6

Ikan patin diletakkan dalam daun pisang dan dituangkan campuran tempoyak tadi

homestay kuantan21

dibungkus kemas

homestay kuantan5

dibakar

homestay kuantan2

walaaa! pilih je nak yang mana…

 

Nie antara lauk yang saya makan bersama keluarga… ada paeh patin sekali… sluuurrrppp!

homestay kuantan7

homestay kuantan

Koordinat ke Restoran MABIQ : 3.77869, 103.329345

Waktu Beroperasi : 11 pagi – 4 petang (Jumaat & Sabtu tutup)

No phone : 016-954 1234

Selamat mencuba!

—————————————————————

Sekiranya anda ingin menempah homestay di Kuantan, hubungi kami untuk tempahan:

012-3810072 (Mas) / 019-9799919 (Amli)

 

 

 

 

4 Tips untuk mendapatkan Tidur yang Berkualiti semasa Outstation

Surah al-Naba’ (سورة النباء) ayat 9:

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا (٩

Ertinya: Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat.

– Memang susah hendak dapatkan tidur yang berkualiti semasa outstation.

– Yang sudah pasti anda berasa letih dalam perjalanan.

– Apa tah lagi sekiranya outstation atas urusan kerja.

-Sampai pula petang atau malam.

– Banyak perkara yang perlu diselesaikan pada keesokkan harinya.

Di sini kami hendak kongsikan tips supaya anda boleh mendapatkan tidur yang berkualiti walaupun anda tidak tidur atas katil sendiri.

———-
Tips #1: Solat di awal waktu
———
Memandangkan anda outstation dan lazimnya jarak perjalanan membolehkan anda solat jama’, maka tunaikanlah solat jama’ takdim. Dengan ini, anda akan ada masa yang banyak untuk berehat sebelum masuk tidur.

———-
Tips #2: Elak makan makanan berat sebelum tidur
———-
Lazimnya apabila anda outstation, sudah pasti ada orang yang akan belanja makan malam; ikan bakar, BBQ, steambot dan macam-macam lagi. Jangan pula tidak makan. Anda perlu juga jaga hati ‘tuan rumah’. Jadi, makan dengan ala kadar sahaja. Sudah pasti esok pagi anda akan dihidangkan lagi dengan pelbagai menu yang menarik.

———
Tips #3: Amalkan ritual sebelum tidur
———
Lain orang lain ritualnya. Sama ada mandi air panas untuk menyegar dan merehatkan badan, solat witir, membaca Al-Quran atau membaca buku. Pastikan ritual ini dibuat sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda masuk tidur. Ini untuk memberikan signal kepada badan dan minda anda untuk ‘tune down’ sebelum anda tidur.

———
Tips #4: Pilih tempat tidur yang selesa
———
Ini termasuk tilam, bantal, cadar dan juga persekitaran bilik tidur. Pastikan ianya dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Selain itu, pastikan juga cadar yang digunakan adalah berkualiti. Sekiranya cuaca panas, cari tempat penginapan yang menyediakan penghawa dingin supaya suasana bilik tidur sejuk dan nyaman.

Semoga tips yang diberikan bermanfaat agar anda mendapat tidur yang berkualiti. Ianya penting supaya tugas yang dilaksanakan pada keesokkan hari juga berkualiti.

The Terrace Homestay Bandar Indera Mahkota Kuantan menyediakan kemudahan yang selesa, bersih dan berbaloi untuk para tetamu. Hubungi kami di 012-3810072 (Mas) / 019-9799919 (Amli) untuk tempahan.

 

 

Check in Homestay Berkumpulan

Alhamdulillah, memandangkan The Terrace Homestay Kuantan kini mempunyai 3 buah rumah teres yang berada dalam deretan yang sama, ianya amat sesuai untuk tetamu yang datang secara berkumpulan. Antara yang pernah check in ke homestay kami ialah pemain hoki dari UKM, kumpulan pelajar dari Politeknik Kota Bahru, pemain hoki MSSM, kumpulan Misi Bencana Banjir dari NSTP, Digi, dan ramai lagi.

 

 

group check in homestay kuantan 4

Misi Bantuan Banjir NSTP

group check in homestay kuantan 3

Kumpulan pelajar Politeknik Kota Bahru

group check in homestay kuantan 2

Pemain hoki UKM

group check in homestay kuantan 1

Pemain hoki MSSM

 

Sekiranya anda memerlukan homestay yang banyak dan berdekatan antara satu sama lain, sila hubungi kami untuk tempahan.

Kami menyediakan 3 buah homestay yang selesa dan berbaloi di Bandar Indera Mahkota Kuantan. Insyaa Allah.

 

The Terrace Homestay Kuantan

012-3810072 (Mas) / 019-9799919 (Amli)

 

In-house Spa Massage

Spa at The Terrace Homestay Kuantan

 

Tetamu kami telah mencuba Traditional Full Body Massage di The Terrace Homestay Kuantan.

“Saya selalu sakit di bahagian betis. Semalam selepas urut, saya keluar berjalan sampai malam. Alhamdulillah tak sakit. Malam pun boleh tidur lena.”

Alhamdulillah…

Terima kasih Hubbub Spa & Wellness atas servis yang berkualiti untuk tetamu kami.

Gambar menunjukkan katil urut mudah alih yang disediakan oleh pihak Hubbub Spa & Wellness di homestay kami untuk keselesaan anda.

Sekiranya anda inginkan servis urut badan di homestay kami, sila hubungi untuk tempahan homestay dan tempahan slot untuk urutan badan.

Guest House Promotion

The Terrace Homestay Bandar Indera Mahkota Kuantan
www.TheTerraceHomestay.com/homestaykuantan
012-3810072 (Mas) / 019-9799919 (Amli)