Langkah-langkah Membuat Tempahan Homestay

Ini adalah panduan secara am dalam proses anda menempah homestay bermula dari pemilihan homestay sehingga anda check-in.
Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda. Sila SHARE agar lebih ramai peroleh manfaatnya.

Terima kasih.

Homestay di Bandar Indera Mahkota Kuantan

Langkah-langkah membuat tempahan homestay :

  1. Pilih lokasi : cari di ‘Google Map’ lokasi yang hendak dituju (contoh : Bandar Indera Mahkota Kuantan),
  2. Tetapkan bajet anda : kadar sewa homestay adalah pelbagai mengikut kemudahan yang disediakan,
  3. Buat carian di Google : tapi “Homestay” diikuti dengan nama tempat di Google Search (contoh : Homestay Bandar Indera Mahkota Kuantan),
  4. Senaraikan homestay di Bandar Indera Mahkota yang sesuai dengan keperluan anda,
  5. Hubungi pemilik homestay : nyatakan tarikh masuk, tarikh keluar, bilangan orang yang akan menginap, dapatkan jumlah bayaran dan kaedah pembayaran,
  6. Bayar deposit : untuk ‘confirmation’ tarikh, sila bank-in deposit agar pemilik homestay boleh ‘block’ tarikh anda (lazimnya RM50-RM100),
  7. Check-in homestay : mengikut prosidur yang ditetapkan oleh pemilik homestay,
  8. Buat bayaran baki : semasa check-in (resit akan diberi atas permintaan),
  9. Persetujuan : untuk mematuhi peraturan homestay yang telah ditetapkan.

 

Sila hubungi kami untuk tempahan homestay di Bandar Indera Mahkota Kuantan

012-3810072 (Mas) / 019-9799919 (Amli)

 

 

About the author: admin