Kedai Kita Kuantan

Where the locals eat.

Iye. Itu yang hendak saya kongsikan disini… Selalunya tempat-tempat yang biasa orang tempatan makan mesti sedapkan? Sama juga dengan anda. Sure ada tempat makan favorite kat tempat sendiri.

Jadi, kali ini saya hendak kongsikan tentang kedai makan ‘Kedai Kita’.

Kedainya simple, tepi jalan… hanya 10 minit dari The Terrace Homestay Kuantan ni. Kalau dari homestay, keluar jalan ke bypass dan kedai ni ada disebelah kiri jalan. Terletaknya selepas traffic light Permatang Badak. Anda akan nampak sign board seperti di bawah.

Kedai Kita Homestay Kuantan -8

Dan ini pula ialah rupa depan ‘Kedai Kita’.

Kedai Kita Homestay Kuantan -7

Ok, nak tahu apa menu menarik sampaikan saya promote tempat ni? Ini dia menunya…

Kedai Kita Homestay Kuantan -6

Menunya sama dari pagi hingga ke petang. So, kalau tengahari mengidam nak makan roti canai…. silalah ke sini. Roti canainya lembut, garing dan memang sedap. Anda boleh pilih hendak kari ayam kampung, kari daging atau kari kambing. Kalau pilih kari ayam kampung, anda akan dapat 1/4 ayam. Puas makan… daging ayamnya pun lembut. My favorite is kari kambing dan kari daging. Kuahnya pekat dan sangat sedap! Nak tahu banyak mana dia masak kuah kari? Ini gambarnya…

Kedai Kita Homestay Kuantan -4

Kedai Kita Homestay Kuantan -5

Nak kenal tuan kedainya?

Kedai Kita Homestay Kuantan -3

Yang sedang duduk tengok cerita ‘Bujang Lapok’. Time ni kami datang makan tengahari. Tak ramai sangat orangnya. Kalau time breakfast memang ramai orang. Memang tak menang tangan pakcik tu.

Yang nie pula, tukang tebar roti…

Kedai Kita Homestay Kuantan

Oklah, sorry sangat-sangat sebab tak ambil gambar menu yang kami makan. Lapar sangat sampai lupa nak ambil gambar. Dah habis baru teringat… hehehe…

Apa-apa pun, silalah rasa sendiri. Memang rekomen sangat sebab kuah roti canainya yang memang superb!

Kedai Kita buka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

 

______________________________________

Untuk tempahan homestay, sila hubungi : 012-3810072 (Mas) / 019-9799919 (Amli)

Maklumat lanjut homestay : Kadar SewaKemudahan Homestay Kuantan

 

The Terrace Homestay @ Bandar Indera Mahkota Kuantan
clean . comfort . satisfy

 

About the author: admin