The Terrace Homestay Kuantan Pahang

Homestay Kuantan 3 Bilik Aircond | Bandar Indera Mahkota

The Terrace Homestay Kuantan terletak di Bandar Indera Mahkota. Kami mempunyai 3 buah rumah teres yang berhampiran antara satu sama lain. 2 buah rumah adalah bersebelahan dan 1 buah rumah hanya terletak selang 1 rumah dari yang lain.

Antara kelebihan homestay kami di Bandar Indera Mahkota adalah kami menyediakan homestay yang mempunyai 3 bilik tidur dilengkapi dengan aircond (penghawa dingin) dan kipas pada setiap bilik. Ini adalah bertujuan untuk memberi keselesaan kepada para tetamu terutama ketika musim panas. Homestay kami juga mempunyai 2 bilik air yang dilengkapi dengan water heater, juga bertujuan untuk memberi keselesaan terutama yang mempunyai anak kecil dan keluarga yang berusia.

Homestay kami bukan sahaja sesuai untuk ahli keluarga, malah ia juga amat sesuai untuk para pegawai yang bertugas di Kuantan samada hanya untuk 1 malam mahupun 1 minggu. Insyaa Allah, kami menyediakan tempat penginapan yang selesa dan bersih buat anda semua.

Kini, di Bandar Indera Mahkota 15 mempunyai deretan kedai yang terletak hanya 500 meter dari homestay kami yang akan memberikan keselesaan kepada anda. Antaranya ialah kedai makan (masakan kampung, Thai, Western), kedai runcit, kedai gunting rambut, spa, kedai runcit, 7-eleven dan banyak lagi yang akan disediakan.

Kadar sewa The Terrace Homestay di Bandar Indera Mahkota adalah seperti berikut :

Bil Homestay : 1 unit

  • 1 malam : RM200
  • 2-7 malam : RM190 / malam
  • 8-14 malam : RM 180 / malam
  • 15 malam ke atas : RM170 / malam

Bil Homestay : 2 atau 3 unit

  • 1 malam : RM200 / unit
  • 2-7 malam : RM180 / malam / unit
  • 8-14 malam : RM170 / malam / unit
  • 15 malam ke atas : RM160 / malam / unit

 

homestay kuantan 3 bilik aircond

 

 

Sila hubungi kami untuk semak kekosongan dan tempahan :

012-3810072  (Mas) / 019-9799919 (Amli)

 

 

 

About the author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.