1979736_1453112084921640_473340663_n

4 Tips untuk mendapatkan Tidur yang Berkualiti semasa Outstation

Surah al-Naba’ (سورة النباء) ayat 9:

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا (٩

Ertinya: Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat.

– Memang susah hendak dapatkan tidur yang berkualiti semasa outstation.

– Yang sudah pasti anda berasa letih dalam perjalanan.

– Apa tah lagi sekiranya outstation atas urusan kerja.

-Sampai pula petang atau malam.

– Banyak perkara yang perlu diselesaikan pada keesokkan harinya.

Di sini kami hendak kongsikan tips supaya anda boleh mendapatkan tidur yang berkualiti walaupun anda tidak tidur atas katil sendiri.

———-
Tips #1: Solat di awal waktu
———
Memandangkan anda outstation dan lazimnya jarak perjalanan membolehkan anda solat jama’, maka tunaikanlah solat jama’ takdim. Dengan ini, anda akan ada masa yang banyak untuk berehat sebelum masuk tidur.

———-
Tips #2: Elak makan makanan berat sebelum tidur
———-
Lazimnya apabila anda outstation, sudah pasti ada orang yang akan belanja makan malam; ikan bakar, BBQ, steambot dan macam-macam lagi. Jangan pula tidak makan. Anda perlu juga jaga hati ‘tuan rumah’. Jadi, makan dengan ala kadar sahaja. Sudah pasti esok pagi anda akan dihidangkan lagi dengan pelbagai menu yang menarik.

———
Tips #3: Amalkan ritual sebelum tidur
———
Lain orang lain ritualnya. Sama ada mandi air panas untuk menyegar dan merehatkan badan, solat witir, membaca Al-Quran atau membaca buku. Pastikan ritual ini dibuat sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda masuk tidur. Ini untuk memberikan signal kepada badan dan minda anda untuk ‘tune down’ sebelum anda tidur.

———
Tips #4: Pilih tempat tidur yang selesa
———
Ini termasuk tilam, bantal, cadar dan juga persekitaran bilik tidur. Pastikan ianya dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Selain itu, pastikan juga cadar yang digunakan adalah berkualiti. Sekiranya cuaca panas, cari tempat penginapan yang menyediakan penghawa dingin supaya suasana bilik tidur sejuk dan nyaman.

Semoga tips yang diberikan bermanfaat agar anda mendapat tidur yang berkualiti. Ianya penting supaya tugas yang dilaksanakan pada keesokkan hari juga berkualiti.

The Terrace Homestay Bandar Indera Mahkota Kuantan menyediakan kemudahan yang selesa, bersih dan berbaloi untuk para tetamu. Hubungi kami di 012-3810072 (Mas) / 019-9799919 (Amli) untuk tempahan.

 

 

About the author: admin